Search

Wednesday, October 10, 2012

Resepi Siakap Stim Halia

lame x post dlam blog nih...
tetiba rasa cam nak post resepi...sejak duduk rumah sewa ni, memasak adalah aktiviti harian...
^^...
So, untuk kali pertama ni, nak kongsi-kongsi la sikit resepi siakap stim halia...

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

1 Ekor Ikan Siakap (disiang dan dibersihkan)
1 1/4L air
2 Biji Bawang Holland (dihiris nipis)
6 Ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
2 Inci Halia (diketuk dan hiris nipis)
2cm Lengkuas (diketuk dan hiris nipis)
7 Biji Cili Padi (diketuk)
3 Biji Limau Nipis (diperah jusnya dan asingkan biji)
2 Batang Serai (dititik atau dihiris)
2 tbsp Sos Tiram
Garam dan bahan perasa mengikut citarasa
*Sos ikan



Cara penyediaan:

1) Tuangkan air kedalam kuali dan masukkan kesemua bahan yang dihiris, diketuk dan dititik
2) Biarkan seketika tetapi jangan sehingga mendidih
3) Masukkan bahan perasa dan air limau, kemudian masukkan ikan yang telah disiang bersih
4) Biarkan sebentar dan sira ikan dengan air rebusan
5) Biarkan mendidih (seelok-eloknya ditutup dengan penutup bagi memerap rasa).
6) Apabila ikan sudah masak, bolehlah dihidangkan panas-panas

*Sayur disebelah tu, kangkung goreng belacan...
*Selamat Mencuba...
^^...