Search

Wednesday, December 7, 2011

Organisasi Sains Kimia (OSKa)

KERTAS CADANGAN MENUBUHKAN ORGANISASI SAINS KIMIA (OSKa), PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SAINS KIMIA), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

          1.0 PENGENALAN
       
        Sebagai mahasiswa, keterampilan didalam menguruskan sesebuah organisasi dan sesuatu program adalah suatu yang penting. Ini kerana, kemahiran insaniah seperti ini perlu dalam menyesuaikan diri apabila sudah mendapat pekerjaan. Dari itu, Organisasi Sains Kimia (OSKa) ini ditubuhkan diatas matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang mampu memimpin sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil apabila sudah mendapat pekerjaan disamping membentuk kepimpinan didalam menganjur dan melakukan sesuatu program. Selain itu, kemahiran ini juga penting bagi melahirkan modal insan yang menjadi aset utama kepada negara yang mampu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

2.0  RASIONAL

2.1  Melahirkan kumpulan mahasiswa Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) yang mempunyai keterampilan didalam menguruskan sesebuah organisasi dan sesuatu program.
2.2  Memupuk nilai kepimpinan didalam diri mahasiswa.
2.3  Memupuk nilai kerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan

3.0  OBJEKTIF PENUBUHAN

        Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan selaras dengan penubuhan organisasi ini:
3.1  Menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama mahasiswa program Sarjana Muda (Sains Kimia)
3.2  Meningkatkan daya kepimpinan mahasiswa program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)




4.0  RANCANGAN AKTIVITI

        Telah terdapat beberapa cadangan yang bboleh dilaksanakan apabila organisasi ini berjaya ditubuhkan. Antara cadangan tersebut adalah:
4.1  Merekabentuk t-shirt dan jersey
4.2  Mengadakan aktiviti sukan bersama
4.3  Makan malam hujung tahun  bersama pensyarah
4.4  Percutian bersama-sama

5.0  PELAN ORGANISASI INDUK
       
        Organisasi induk akan terdiri daripada sepuluh (10) orang mahasiswa program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia). Pelan organisasi tersebut adalah seperti berikut:

Presiden                                      :
Timbalan Presiden                       :
Setiausaha                                   :
Timbalan Setiausaha                    :
Bendahari                                    :
Timbalan Bendahari                     :
Exco 1                                        :
Exco 2                                        :
Exco 3                                        :
Exco 4                                        :

6.0  PENUTUP

        Dengan penubuhan organisasi ini diharapkan agar semua mahasiswa Sains Kimia dapat bersatu dan hubungan silaturahim dapat dipererat dibawah cogan kata ‘OSKa Menggerak Keterampilan Mahasiswa’.