Search

Friday, October 12, 2012

Resepi Rendang Daging

ha...kali ni nak post cara-cara buat rendang daging pulak...
yg nie style mak saya...
^^...
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

700g Daging Lembu

-Bahan Kisar-
5 Biji Bawang Merah
1 clover bawang putih
2 inci halia
2cm lengkuas
cili kering (mengikut cita rasa)
3 Batang Serai
2 bungkus kecil rempah kurma

-Bahan Mayang-
Daun Limau
Daun Kunyit


-Lain Bahan-
Kerisik
Santan
Garam dan Bahan Perasa

Cara-cara:

1. Perap daging dengan bahan-bahan yang dikisar selama beberapa ketika (15 minit mencukupi)
2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap
3. Biarkan sehingga daging menjadi empuk
4. Tambahkan kerisik dan santan beserta baha perasa
5. Apabila sudah masak, taburkan daun kunyit dan daun limau yang telah dimayang

*Masak dengan api perlahan
*Tambah air jika suka yang berkuah

#SelamatMencuba#

Wednesday, October 10, 2012

Resepi Siakap Stim Halia

lame x post dlam blog nih...
tetiba rasa cam nak post resepi...sejak duduk rumah sewa ni, memasak adalah aktiviti harian...
^^...
So, untuk kali pertama ni, nak kongsi-kongsi la sikit resepi siakap stim halia...

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

1 Ekor Ikan Siakap (disiang dan dibersihkan)
1 1/4L air
2 Biji Bawang Holland (dihiris nipis)
6 Ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
2 Inci Halia (diketuk dan hiris nipis)
2cm Lengkuas (diketuk dan hiris nipis)
7 Biji Cili Padi (diketuk)
3 Biji Limau Nipis (diperah jusnya dan asingkan biji)
2 Batang Serai (dititik atau dihiris)
2 tbsp Sos Tiram
Garam dan bahan perasa mengikut citarasa
*Sos ikan



Cara penyediaan:

1) Tuangkan air kedalam kuali dan masukkan kesemua bahan yang dihiris, diketuk dan dititik
2) Biarkan seketika tetapi jangan sehingga mendidih
3) Masukkan bahan perasa dan air limau, kemudian masukkan ikan yang telah disiang bersih
4) Biarkan sebentar dan sira ikan dengan air rebusan
5) Biarkan mendidih (seelok-eloknya ditutup dengan penutup bagi memerap rasa).
6) Apabila ikan sudah masak, bolehlah dihidangkan panas-panas

*Sayur disebelah tu, kangkung goreng belacan...
*Selamat Mencuba...
^^...