Search

Wednesday, December 7, 2011

Organisasi Sains Kimia (OSKa)

KERTAS CADANGAN MENUBUHKAN ORGANISASI SAINS KIMIA (OSKa), PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SAINS KIMIA), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

          1.0 PENGENALAN
       
        Sebagai mahasiswa, keterampilan didalam menguruskan sesebuah organisasi dan sesuatu program adalah suatu yang penting. Ini kerana, kemahiran insaniah seperti ini perlu dalam menyesuaikan diri apabila sudah mendapat pekerjaan. Dari itu, Organisasi Sains Kimia (OSKa) ini ditubuhkan diatas matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang mampu memimpin sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil apabila sudah mendapat pekerjaan disamping membentuk kepimpinan didalam menganjur dan melakukan sesuatu program. Selain itu, kemahiran ini juga penting bagi melahirkan modal insan yang menjadi aset utama kepada negara yang mampu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

2.0  RASIONAL

2.1  Melahirkan kumpulan mahasiswa Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) yang mempunyai keterampilan didalam menguruskan sesebuah organisasi dan sesuatu program.
2.2  Memupuk nilai kepimpinan didalam diri mahasiswa.
2.3  Memupuk nilai kerjasama didalam pasukan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan

3.0  OBJEKTIF PENUBUHAN

        Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan selaras dengan penubuhan organisasi ini:
3.1  Menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama mahasiswa program Sarjana Muda (Sains Kimia)
3.2  Meningkatkan daya kepimpinan mahasiswa program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)




4.0  RANCANGAN AKTIVITI

        Telah terdapat beberapa cadangan yang bboleh dilaksanakan apabila organisasi ini berjaya ditubuhkan. Antara cadangan tersebut adalah:
4.1  Merekabentuk t-shirt dan jersey
4.2  Mengadakan aktiviti sukan bersama
4.3  Makan malam hujung tahun  bersama pensyarah
4.4  Percutian bersama-sama

5.0  PELAN ORGANISASI INDUK
       
        Organisasi induk akan terdiri daripada sepuluh (10) orang mahasiswa program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia). Pelan organisasi tersebut adalah seperti berikut:

Presiden                                      :
Timbalan Presiden                       :
Setiausaha                                   :
Timbalan Setiausaha                    :
Bendahari                                    :
Timbalan Bendahari                     :
Exco 1                                        :
Exco 2                                        :
Exco 3                                        :
Exco 4                                        :

6.0  PENUTUP

        Dengan penubuhan organisasi ini diharapkan agar semua mahasiswa Sains Kimia dapat bersatu dan hubungan silaturahim dapat dipererat dibawah cogan kata ‘OSKa Menggerak Keterampilan Mahasiswa’.

Wednesday, November 9, 2011

.:Team S.K:.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Kepada semua Team S.K...
Satu perjumpaan bersama 'saya' akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14/November/2011
Masa: 4.00 p.m.
Tempat: Dataran Kompleks Kuliah...

semua yg terlibat termasuk senarai 5 orang yang terkini...

arie_5417

Monday, October 24, 2011

Team S.K.

Berikut adalah nama-nama 'Team S.K'...
Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Debat BM & BI
Pidato
Sajak
Pengacaraan
Nyanyian Solo
Tarian

Diharapkan bagi mereka yang tidak terlibat agar boleh memberi semangat untuk kesemua peserta Team S.K.








Good Luck to all of you...
^^

Saturday, October 15, 2011

.:Silaturahim:.


Assalamualaikum W. B. T & Salam Sejahtera

Alhamdulillah...Pada hari yang berbahagia dan ceria ini dapat saya meng'post'kan satu tazkirah yang dimana InsyaAllah berguna, bukan sahaja bagi umat Islam tetapi juga bagi mereka yang bukan Islam...Pada hari ini ingin saya memberi sedikit nasihat yang bukan sahaja untuk rakan-rakan sekalian tetapi ia juga untuk memperingatkan saya bahawa bukan saya sahaja yang berada di bumi Allah ini...

Topik yang ingin saya kongsikan bersama pada hari ini adalah 'Silaturahim dan Kejayaan'...Sebelum layar terus dilabuh, sebelum madah terus dikata, adalah elok kiranya jika saya menterjemahkan apa yang dimaksudkan dengan frasa 'Silaturahim' dan juga frasa 'Kejayaan'...Menurut epistemologi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, frasa Silaturahim dapatlah diertikan sebagai tali perhubungan samada antara keluarga atau persahabatan...Manakala .frasa 'Jaya' yang diambil dari bahasa Sanskrit yang bererti 'menang'...Oleh itu, istilah kejayaan dapatlah diertikan sebagai kemenangan....

Firman Allah S. W. T. didalam surah An-nisa ayat 1 yang bermaksud:

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya  Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain , dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Jelas kelihatan pada maksud ayat diatas, dimana menjaga silaturahim itu adalah suatu perintah yang diturunkan oleh Allah...Dan setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah secara terus melalui al-Quran adalah wajib. Dapatlah disimpulkan bahawa, menjaga silaturahim itu adalah wajib hukumnya. Ayat diatas juga disokong oleh hadis Rasulullah S. A. W. yang membawa erti:

“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan ingin dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Bukhari)

Sahabat sekalian,

Setelah mempamerkan kedua-dua nas diatas, dapatkah kalian berfikir, mengapa menjaga silaturahim itu adalah wajib?Islam amat menitikberatkan perihal menjaga silaturahim...Sebagai contoh, menunaikan haji yang mengumpulkan semua umat islam didunia dan dijadikan satu...Selain itu, menunaikan solat secara berjemaah yang dimana akhirnya bersalam-salaman antara satu sama lain...Juga didalam tradisi Malaysia, aktiviti-aktiviti yang melibatkan ikatan silaturahim juga sering dilakukan seperti majlis-majlis kenduri, gotong-royong dan pelbagai aktiviti lain...Dalam suatu organisasi juga, Ilslam menitikberatkan silaturahim...Sebagai contoh, sewaktu berlakunya peristwa hijrah, umat islam 'Muhajirin' dan 'Ansar' disatukan melalui tali perkahwinan untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka...

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Jika diatas tadi saya membicarakan tentang menjaga silaturahim...Kini tibalah giliran dimana, saya ingin membicarakan tentang fokus utama pada pagi ini iaitu kejayaan disebalik silaturahim...Umum sedia maklum dimana, silaturahim juga boleh diertikan sebagai sepakat atau bersatu padu...Sebagaimana Rasulullah S. A. W. mencantumkan dan mengeratkan Muhajirin dan Ansar adalah tidak lain, tidak bukan untuk menguatkan lagi umat Islam ketika itu...Dan, dapatlah kita lihat bagaimana kejayaan umat Islam ketika itu...Islam ketika itu, berjaya meluaskan pengaruhnya hingga hampir seluruh dunia...Namun begitu, dewasa ini, silaturahim ini kurang dipraktikkan oleh masyarakat...Walaupun mereka itu beragama Islam...Mengapakah ini terjadi?Pertamanya kurangnya rasa sedar akan pentingnya hubungan silaturahim ini dalam kalangan umat manusia...Saya tidak ingin menjuruskan hal ini hanya untuk umat Islam sahaja, kerana perkara ini adalah sesuatu yang penting untuk semua umat manusia...Yang kedua, pemikiran negatif yang sentiasa bermain-main didalam fikiran manusia juga menjadi salah satu faktor...Sebagai contoh, kadang-kala jika kita ingin merapatkan suatu hubungan yang pertama terlintas adalah 'Apa yang akan jadi, jika berkerjasama atau berurusan dengan dia'...Pemikiran ini juga dipangginl prejudis, prejudis dengan orang lain, sedangkan pepatah melayu pernah menyebut 'tak kenal, maka tak cinta'...Tetapi, pepatah ini tidak pernah dipraktikkan oleh segelintir umat manusia disebabkan dua faktor yang dinyatakan tadi...Mungkin juga dua faktor diatas boleh menjadi faktor utama, mengapa silaturahim ini tidak dijaga...

Seterusnya, mari kita kembali kepada topik bicara pada hari ini...Menjaga silaturahim bukan sahaja untuk memupuk semangat bersatu padu antara masyarakat sahaja, malah ia juga penting untuk mencapai kejayaan...Ini dapat dilihat di Universiti sendiri, pelajar-pelajar digalakkan untuk membuat 'Study Group' yang dimana, ahli-ahlinya perlu berbincang antara satu sama lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan...Sebenarnya, jika kita lihat, 'study group' ini mampu untuk memupuk silaturahim, selain dapat mengajak kita untuk berusaha agar berjaya mendapatkan apa yang kita perlukan...Dalam mengejar atau proses mencapai kejayaan, perbincangan itu penting...Sedangkan didalam pemerintahan sesebuah negara juga memerlukan perbincangan, apatah lagi jika kita sebagai seorang pelajar...Jika kita lihat, negara-negara yang berjaya, mereka mempraktikkan perbincangan, berada disuatu persidangan untuk menyelesaikan suatu permasalahan...Bukan dengan cara berbalah antara satu sama lain...Ini kerana jika kita menyelesaikan masalah dengan berbincang, kita boleh memupuk persefahaman (salah satu maksud silaturahim) dan seterusnya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan...Tetapi, jika suatu permasalahan dilakukan dengan cara berbalah, bukan sahaja masalah tidak dpat diselesaikan, malah persefahaman juga tidak dapat dibentuk...

Rakan sekalian,

Sebelum saya menamatkan bual bicara pada hari ini, ingin saya kongsikan beberapa faktor lain yang boleh meruntuhkan silaturahim antara kita...Pertamanya adalah ego, terutamanya bagi lelaki...Ego ini kadang-kala baik, tetapi bagi mereka yang mempunyai ego yang terlalu tinggi...Ia mampu memberi kemudaratan...Contoh ego adalah merasakan diri mereka lebih bagus atau baik dari orang lain didalam sesuatu perihal...Kedua, penting diri...Maksud penting diri disini adalah seseorang itu hanya mementingkan diri sendiri didalam sesuatu perkara atau mengunakan pihak lain untuk mereka berjaya...

Sahabat sekalian,

Akhir bicara saya pada pagi ini...Ingin saya menjemput semua rakan-rakan di 'S.K (Sayang Kimia) & K.A.P (Kimia Adalah Pilihanku) 2011/2012 agar marilah kita bersama-sama menjaga ukhwah antara kita...Segala perselisihan faham (Jika ada) yang telah dilakukan, haraplah dimaafkan...Bak kata pepatah 'Buang yang Keruh, Ambil yang Jernih'...Demi kejayaan bersama, marilah kita bersatu-padu, mengeratkan silaturahim dan menjaga ukhwah bersama...Andai ada yang terasa hati haraplah dimaafkan kerana bukan berniat untuk menyindir atau mengutuk sesiapa, tetapi ia adalah suatu peringatan untuk semua...

Sekian sahaja, yang baik itu datang dari Allah, yang lemah, kekurangan dan kesilapan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri...Moga berjumpa diedisi akan datang dengan topik yang lain...

Assalamualaikum W. B. T. & Salam Sejahtera...
^^
p/s: mungkin kena ubah tajuk jadi 'Pentingnya Silaturahim'
hehe....

Tuesday, October 4, 2011

Senarai PTPTN

Kumpulan 1
Tarikh: 05hb September 2011
Masa: 3.00 - 5.30 petang
Tempat: Auditorium Mahyuddin, FPE



Kumpulan 2
Tarikh: 6hb Oktober 2011
Masa: 9.00 pagi - 12.00 petang
Tempat: HEPA, Kompleks Siswa


Sila susun lampiran atau dokumen yang diperlukan mengikut susunan...
untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses penyerahan...


Thursday, September 29, 2011

.:Program Orientasi Kos:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
berikut adalah maklumat mengenai program orientasi kos bersama-sama senior program S.K. dan K.A.P.:

Tarikh: 30hb September 2011
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Pantai UMT (berhampiran dengan InOS)
Pakaian: Set pakaian sukan
kehadiran: Wajib bagi setiap pelajar

Terima Kasih

Wednesday, September 28, 2011

salam sejahtera...
berikut adalah info ttg kelas hari khamis dan ahad...
nmun begitu, kelas hari ahad, belum ada kepastian,
apa yg dipaparkan adalah berdasarkan maklumat terkini...

.:WeLcoMe:.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
Selamat datang  ke blog saya...
nie first time hebahkan blog ni...
kalu kowg ase cam nyusahkan coz bg info mlalui blog ni,
sowie ssgat....actually, da xjmpe the best way to info all of u,
so, decide yg gune blog ni adalh yg t'baek coz, xde kos yg diknakan n mudah tok diakses...

.:pengenalan diri:.

Nama: Mohamad Nur Azshary Bin Mohd Salleh
Asal: Bukit Kepong, Muar, Johor (Dekat ngan Segamat)
Nama Panggilan: Arie
Umur: Rahsia (sensitiviti...huhu...)
Blok asrama: ATB 210
Phone number: nak??mintak sndrik..haha..

Tuesday, September 27, 2011

.:SeNaRaI NaMa KumPuLan KimiA OrGanIk AsAs:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...









Selepas ini, segala info-info terkini akan dipapar kan kat blog ni...
so, update sendiri ea segala info...
~thanx~

Monday, September 26, 2011

.:Saya Kembali:.

Assalamualaikum...
Pas lame rehat...
asenye skunk ni nak bkak alek blog nie...
pas Kolej Matrikulasi Johor,
skunk ni aq mneruskan pjlanan sbg student di Universiti Malaysia Terengganu...
kos sarjana muda sn kimia
Universiti Malaysia Terengganu

Wednesday, January 19, 2011

~KiRi...KiRi...KaNaN...KiRi~



KaWaD KaKi: KaRniVal KoKuRIkuLuM KMJ SeMeSTeR 1





Nie GmBar KngaN nGan pLaTun LaeN mSe tUh...
cube CaRiK aKu kaT ne???
HahahahHHa...xYah Carik Da JeLas AkU yG plinG meNonJoL...



MaMat KurUs KeRIng NieyH KtUa pLatuN kTeOwg...
AmaCam? CoMeY x??
XyaH PuJi, Kang KemBang TetiBe sSaH pLak...



CiK aBg yG mLam b'Bju putiH tUh LaK JurULatihNye...
AmaCam? EnsEm Un...
Dye NiEyH dAk HaYaT len, tP 1 KuLiaH...
TgOk SkEt KaT GmBo tUh, Rmi gLer yG jeLes Ngan AkU...
Da BeSe da, DyE0wG sLalu jeLeS nGan aKu...
HaHAhhaHHha...



AlHaMduLiLlaH...
HaSiL uSaHa beRbuAh jGak...
DpAt NomboR 3...
tP KaLu xDe GuRu TtaP Tak GuNe jGaK un...
So, KtEoWg DeciDe Tok Bg SaTu MeDaL kTeOwG Kat LeCturEr Yg Aja...
Nme Dye: En. HasMin...
TeRiMa KaSiH CikGu...
JaSamu Kami KenAng...



WaJaH-WaJah PeMenAng...
Tp Mse NieYh RaMaI da caBot...
hahahahha...

~k...sEe u In NexT PoSt~
~Bye-Bye~
~AsSaLamUaLAikuM~

Monday, January 17, 2011

~hye..hye...hye~



Assalamualaikum n slam sjahtera...

akhirnye bjye gak create blog...
tringin sgat slame nieyh...

Kolej Matrikulasi Johor...

Best ever...
sesi 2009/2010
mse PDT best gler...
bnyak xtvt...
SP3 sem 1 SP2 sem 2...
huhuhuhhu....
rndu mse zman PDT...
skunk jdik x-PDT...







skang da masok sesi 2010/2011
ngan Hayat 44...
kat ats tuh logo klas...
wat sendrik...
huhuhhu....
macam2 xtvt kteowg wat...
nak upload sumer gbar bnyak gler...
maybe next tyme kowt...
ckup r stkat nieyh sbg pgenalan...
huhuhuhuhhu....
~tata~